Menteri Kewangan Mexico positif Covid-19


Menteri Kewangan Mexico Arturo Herrera mendedahkan semalam bahawa beliau diuji positif Covid-19, tiga hari selepas bertemu dengan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador. – Gambar EPA, 26 Jun, 2020.

MENTERI Kewangan Mexico Arturo Herrera mendedahkan semalam bahawa beliau diuji positif Covid-19, tiga hari selepas bertemu dengan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

“Saya ada gegala yang sangat kecil. Mulai sekarang saya akan dikuarantin dan terus bekerja dari rumah,” tulis Herrera di Twitter.

Herrera berada di pejabat Lopez Obrador bersama Menteri Dalam Negeri Olga Sanchez dan pegawai kerajaan lain dalam satu pertemuan pada Isnin untuk mengumumkan pelantikan kerajaan baharu.

Selepas mesyuarat itu presiden memuat naik sebuah video di media sosial di mana Herrera dapat dilihat di sebelahnya.

Walaupun mereka yang hadir dalam mesyuarat berkenaan dilihat saling berjauhan, jarak tersebut kurang dari satu setengah meter yang disarankan oleh pakar kesihatan untuk menghindari wabak Covid-19.

Baik presiden mahupun Herrera dilihat memakai topeng muka.

Herrera juga mengambil bahagian dalam mesyurat dengan dua lagi menteri pada Selasa.

Bagaimanapun beliau bukan pegawai tertinggi pertama dalam kerajaan Lopez Obrador yang positinf virus berkenaan sejurus bertemu dengan presiden.

Pada 7 Jun Pengarah Keselamatan Sosial Zoe Robledo mendedahkan beliau disahkan positif Covid-19 selepas dua hari menemani Lopez Obrador pada sidang media.

Keesokan harinya Lopez Obrador memberitahu wartawan bahawa beliau sihat dan tidak akan menjalani ujian Covid-19.

Mexico mencatatkan jumlah kes Covid-19 kedua terbesar di Amerika Latin dengan hampir 197,000 kes selain lebih 24,000 kematian direkodkan di antara populasi 127 juta penduduk. – AFP, 26 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen