Kes Covid-19 di Rusia kini melepasi 600,000


Presiden Russia Vladimir Putin berkata negara itu berjaya mengawal wabak itu, pada masa sama mengingatkan rakyatnya kekal fokus dan sentiasa berhati-hati. – Gambar EPA, 2020.

KES Covid-19 terus melonjak di Rusia hari ini, dengan 7,176 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini sebanyak 606,881, lapor agensi berita Anadolu.

Dalam tempoh sama, seramai 12,393 pesakit pulih menjadikan keseluruhan 368,822, kata pasukan petugas kecemasan Rusia.

Angka korban bertambah seramai 154 lagi menjadi 8,513 orang. 

Dalam ucapannya pada Selasa, Presiden Vladimir Putin berkata negara ini berjaya mengawal wabak itu, pada masa sama mengingatkan rakyatnya kekal fokus dan sentiasa berhati-hati.

Putin berkata jumlah kes masih tinggi di beberapa wilayah termasuk wilayah Tyva, Karachay-Cherkessia, Yamalo-Nenets dan Khanty-Mansi.

Rusia setakat ini sudah menjalankan sebanyak 17 juta saringan Covid-19.

Buat  masa ini, 14 pusat saintifik persekutuan Rusia sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin, kata Putin, sambil menambah ujian klinikal sampel pertama sudah bermula.

Sejak pertama kali dikesan di China pada Disember lalu, wabak maut itu sudah meragut lebih 477,600 nyawa di 188 negara dan wilayah.

Sebanyak 9.26 juta kes dilaporkan di seluruh dunia setakat ini sementara lebih 4.63 juta pesakit sembuh, menurut data Johns Hopkins Universiti. β€“ Bernama, 24 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen