Jumlah kematian di Amerika Latin dan Caribbean lepasi angka 100,000


Petugas kesihatan membantu pesakit Covid-19 di hospital Gilberto Novaes. – Gambar AFP, 24 Jun, 2020,

AMERIKA Latin dan Caribbean pada Selasa melepasi angka 100,000 kematian akibat koronavirus, lebih separuh daripadanya di Brazil, menurut jumlah AFP berdasarkan angka rasmi.

Pandemik semakin meningkat di seluruh wilayah, yang kini menyaksikan jumlah keseluruhan sebanyak 2.1 juta kes, dengan Brazil, Mexico, Peru dan Chile menjadi negara paling teruk terjejas.

Brazil mempunyai angka kematian kedua tertinggi di dunia Covid-19 selepas Amerika Syarikat, dengan lebih 52,640 kematian daripada 1,145,906 kes yang disahkan.

Seorang hakim persekutuan mengarahkan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, yang diketahui menyamakan koronavirus dengan “selesema kecil”, untuk memakai topeng muka di khalayak ramai, selepas pemimpin kanan itu berulang kali melanggar tindakan pencegahan di Brasilia.

Mexico, yang turut dilanda virus, digegar gempa bumi kuat pada Selasa yang berukuran 7.4 skala Richter.

Gempa itu melanda negara yang mempunyai 127 juta penduduk dan mencatat jumlah kes tertinggi dalam tempoh 24 jam, dengan 6,288 jangkitan baru, menurut Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Peru melepasi 260,000 kes koronavirus, yang sudah 100 hari berada di bawah perintah berkurung dan menerima sumbangan 250 ventilator dari Amerika Syarikat.

Jirannya di utara, Colombia, melanjutkan tempoh kuarantin pada Selasa sehingga 15 Julai, memandangkan kes koronavirusnya terus meningkat. 
Negara ini mencatatkan 2,404 kematian daripada lebih 73,500 kes. – AFP, 24 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen