Jepun mula penerbangan ke Vietnam akhir bulan ini


Jepun dan Vietnam masih mewajibkan tempoh kuarantin 14 hari untuk semua ketibaan. – Gambar EPA, 17 Jun, 2020

JEPUN akan melonggarkan sekatan perjalanan bermula dengan penerbangan ke Vietnam secara terhad pada akhir bulan ini, lapor agensi berita Vietnam memetik Kyodo News.

Pelan itu dibuat dalam rundingan dengan Vietnam, Australia, New Zealand dan Thailand, negara yang menyaksikan pandemik Covid-19 terkawal dan terdapat risiko kes jangkitan import agak rendah.

Jepun dan Vietnam masih mewajibkan tempoh kuarantin 14 hari untuk semua ketibaan. 

Di bawah skim baharu, pelancong antara kedua-dua negara akan dikecualikan sekatan ini, jika mereka melakukan ujian “polymerase chain reaction” sebelum berlepas serta semasa ketibaan, dan keputusan didapati negatif.

Mereka juga perlu mengemukakan perincian jadual perjalanan, tempat menginap dan lokasi yang ingin dikunjungi. – Bernama, 17 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen