Pulau Pinang sasar negeri pertama mulakan program akreditasi pematuhan Covid-19


Pulau Pinang menyasar menjadi negeri pertama memulakan Program Akreditasi Pematuhan Covid-19 bagi pengusaha industri pelancongan dalam mematuhi SOP ditetapkan berkaitan dengan pandemik berkenaan. – Gambar fail The Malaysin Insight, 12 Jun, 2020.

PULAU PINANG menyasar untuk menjadi negeri pertama di Malaysia memulakan Program Akreditasi Pematuhan Covid-19 bagi pengusaha industri pelancongan dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan berkaitan dengan pandemik berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri (PETACH) Yeoh Soon Hin berkata program akreditasi itu bertujuan untuk menggalakkan pematuhan SOP selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan pencegahan dan sanitasi dalam mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Penang Global Tourism (PGT) untuk memastikan pengusaha pelancongan mematuhi tahap kebersihan dan keselamatan yang ketat.

SOP setiap sektor perniagaan dalam industri pelancongan di Pulau Pinang boleh didapati di https://petach.gov.my/tourism-sops. – Bernama, 12 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen