Rusia catat lebih 500,000 kes Covid-19  


Aliran trafik di Lebuhraya Varshavskoye, Moscow mula sesak berikutan langkah kerajaan Rusia melonggarkan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 minggu ini.– Gambar EPA, 11 Jun, 2020.

RUSIA yang merupakan negara ketiga tertinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19 mencatatkan kes jagkitan melebihi 500,000 hari ini.

Jumlah itu dicatatkan selepas negara berkenaan melonggarkan perintah berkurung minggu ini.

Menurut laman web kerajaan Rusia, sebanyak 502,436 kes dikesan, selepas 8,779 kes baharu direkodkan.

Kebanyakan kes baharu dikesan di dua bandar utama Moscow dan Saint Petersburg serta kawasan sekitarnya.

Moscow mencatatkan 1,436 kes baharu hari ini.

Ibu negara itu mula melonggarkan sekatan perjalanan pada Selasa yang mana ia disambut baik penduduk yang keluar ke jalan raya dan taman awam untuk meraikannya.

Kebanyakan daerah di negara itu mula melonggarkan kawalan pergerakan ketika Rusia bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum pada 1 Julai.

Presiden Vladimir Putin cuba mendapatkan skongan rakyat untuk terus mengekalkan kuasa di Kremlin.

Rusia turut mengesahkan 6,532 angka kematian akibat Covid-19. – AFP, 11 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen