12 tentera Iran terbunuh dalam serangan udara


Tentera Israel sering melancarkan serangan udara terutamanya di wilayah Deir Ezzor bag menyasarkan tentera pro rejim Bashar Al-Assad.– Gambar EPA, 7 Jun, 2020.

SEKURANG-kurangnya 12 orang tentera pro-Iran terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan pesawat tidak dikenali pada Sabtu, kata pemerhati. 

“Lapan serangan dilancarkan sebelum tengah malam pada Sabtu yang menyasarkan pangkalan tentera pro-Iran di timur Deir Ezzor.

“Serangan itu menyebabkan 12 tentera Iraq dan Afghanistan terbunuh manakala peralatan dan peluru turut musnah,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Pasukan pemerhati itu bagaimanapun gagal mengenal pasti pesawat terlibat namun menurut ketuanya, Rami Abdel Rahman, beliau percaya serangan itu didalangi Israel. 

Negara Yahudi itu pernah melancarkan ratusan serangan yang menyasarkan pasuka tentera pro-Iran, terutamanya di Deir Ezzor. 

Tentera Israel jarang mengaku bertaggungjawab terhadap serangan seperti itu tetapi berikrar untuk menghalang Iran daripada bertapak di negara berkenaan serta membekalkan senjata kepada kumpulan Hizbullah. 

Kumpulan bersenjata yang menyokong rejim Bashar Al-Assad dikerahkan ke seluruh Deir Ezzor, iaitu sebuah wilayah padang pasir yang bersempadan dengan Iraq. – AFP, 7 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen