Korban Covid-19 kini hampir 400,000


Sekurang-kurangnya 6,827,260 kes positif Covid-19 dilaporkan di 196 buah negara. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 2,963,800 dilaporkan pulih. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2020.

COVID-19 sudah membunuh sekurang-kurangnya 397,179 orang sejak ia mula meledak di China, Disember lepas, menurut data pelbagai agensi yang dikumpul AFP setakat 1900 GMT Sabtu.

Sekurang-kurangnya 6,827,260 kes positif Covid-19 dilaporkan di 196 buah negara. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 2,963,800 dilaporkan pulih.

Data itu dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara dan maklumat dikeluarkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kemungkinan tidak menggambarkan jumlah jangkitan sebenar.

Kebanyakan negara masih menjalankan ujian saringan hanya kepada kepada kes bergejala atau kes serius sahaja.

Amerika Syarikat adalah negara paling teruk terjejas dengan 109,497 kematian daripada 1,908,235 kes. Sekurang-kurangnya 491,706 dilaporkan pulih.

Selepas AS, negara paling teruk terjejas adalah Britain dengan 40,465 kematian daripada 284,868 kes, Brazil 35,026 kematian daripada 645,771 kes, Itali 33,846 kematian daripada 234,801 kes dan Perancis dengan 29,111 kematian daripada 190,052 kes.

Negara dengan kadar kematian tertinggi berbanding populasi adalah Belgium dengan 83 kematian per 100,000 penduduk, diikuti oleh Britain dengan 60, Sepanyol (58), Itali (56) dan Sweden (46).

China-tidak termasuk Hong Kong dan Macau- setakat ini mengisytiharkan 4,634 kematian daripada 83,030 kes.

Eropah melaporkan 183,101 kematian daripada 2,256,731 kes, AS dan Kanada 117,297 kematian dengan 2,0003,251 kes, Amerika Latin dan Caribbean 62,589 kematian daripada 1,252,117 kes, Asia 18,756 kematian daripada 659,097 kes, Timur Tengah 10,330 kematian daripada 467,170 kes, Afrika 4,975 kematian daripada 180,254 kes, dan Oceania dengan 131 kematian daripada 8,641 kes.

Data dan maklumat terkini wabak Covid-19 akan dikemas kini dalam 24 jam setiap hari. – AFP, 7 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen