California benar produksi filem, muzik sambung operasi


Setakat ini, lebih 125,000 kes jangkitan dan 4,500 kematian akibat Covid-19 direkodkan di California. – Gambar EPA, 6 Jun, 2020.

CALIFORNIA akan membenarkan syarikat produksi filem, televisyen dan muzik beroperasi semula pada 12 Jun jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

Industri itu ditutup selama berbulan-bulan ekoran perintah pengurungan bagi mengekang wabak Covid-19.

Pejabat Kesihatan Awam California berkata syarikat yang terlibat dibenarkan beroperasi mengikut syarat dan kelulusan pegawai kesihatan awam tempatan.

Katanya syarat itu ditetapkan bagi mengurangkan risiko penularan wabak dalam kalangan pekerja industri tersebut.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada pemain utama industri itu seperti studio di Hollywood dibenarkan menyambung semula operasi mereka kerana Los Angeles merupakan satu daripada pusat penularan utama di California.

Setakat ini, lebih 125,000 kes jangkitan dan 4,500 kematian akibat Covid-19 direkodkan di California. – AFP, 6 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen