Kerajaan perlu pastikan pekerja dapat faedah daripada Penjana, kata MTUC


KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan kebimbangan mengenai kurang ketelusan dalam pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Setiausaha agungnya J Solomon berkata, timbul persoalan bagaimana pelan kerajaan untuk memastikan syarikat yang mendapat faedah daripada Penjana akan membantu pekerja dengan betul.

“Kerajaan juga tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai rancangannya, sekiranya ada, untuk memastikan majikan yang mendapat faedah daripada Penjana bertahan dan memastikan pekerja dikekalkan dan subsidi untuk pekerja diberikan kepada mereka, bukan ke tempat lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Solomon berkata, kurang ketelusan ini turut dilihat dalam pakej rangsangan Prihatin bernilai RM250 bilion walaupun diberi tekanan oleh masyarakat umum.

“Apa yang kita tahu, kadar pengangguran kini mencecah kepada ribu, dan ia dijangka akan mencecah dua juta pada masa akan datang, walaupun banyak bantuan diberikan,” katanya.

Putrajaya semalam mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM35 bilion untuk memulihkan ekonomi berikutan impak Covid-19 dan kesan daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang pandemik itu.

Muhyiddin berkata, Penjana terdiri daripada tiga teras utama yang memfokuskan kepada: memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

Muhyiddin berkata, RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada kerajaan.

Pakej terbaharu ini adalah selepas tiga pakej rangsangan bernilai RM260 bilion bagi mengurangkan impak pandemik terhadap ekonomi.

Solomon dalam kenyataannya juga berkata, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningatan kadar pengangguran adalah kerana kurang pemantauan dan penguatkuasaan.

Kebanyakan syarikat menyalahgunakan program bantuan ini dengan menerima wang namun tidak mengekalkan pekerja, katanya.

“Sebagai contoh, YTL Cement, yang merupakan syarikat yang baik dari segi kewangan, telah melepaskan 62 pekerja dengan alasan bahawa kilang mereka perlu ditingkatkan. Namun, YTL Cement akan terus mendapat manfaat daripada bantuan di bawah Penjana,” katanya.

MTUC berwaspada namun berharap Penjana dapat melancarkan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada pekerja yang kehilangan tempat tinggal dan graduan baru.

“Namun, kami yakin harapan kami akan luntur sekiranya kerajaan terus mengabaikan ketelusan masyarakat dan penguatkuasaan ketat terhadap majikan yang mengeksploitasi sistem dan mengorbankan pekerja untuk mengaut keuntungan dengan dana awam,” katanya. – 6 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen