Kelonggaran kawalan sempadan dipertimbang jika kes Covid-19 terkawal, kata KP Kesihatan


Ragananthini Vethasalam

Kawalan sempadan akan dilonggarkan jika jangkitan tempatan Covid-19 terkawal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2020.

KELONGGARAN kawalan sempadan negara hanya akan dipertimbangkan jika jangkitan tempatan Covid-19 terkawal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertimbangan sedemikian akan dibuat sejajar dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas banyak lagi sektor dibuka.

“Jika kita berjaya dalam jangka waktu ini maka kita akan melihat kemungkinan kelonggaran kawalan sempadan. Hari ini kita mengukuhkan sempadan tetapi kita juga perlu memastikan kita dapat mengawal jangkitan tempatan.

“Sebaik sahaja kita dapat mengawal jangkitan tempatan maka kita dapat melonggarkan kawalan di sempadan,” katanya pada sesi taklimat harian mengenai Covid-19 hari ini.

Keadaan domestik mesti diambil kira untuk melonggarkan kawalan sempadan, tambahnya.

Ini termasuk hanya membenarkan mereka dari negara zon hijau dalam Indeks Global Covid-19 dan mereka perlu disaring serta dikuarantin sebelum memasuki Malaysia.

“Perkara seperti ini perlu dibincangkan dengan negara masing-masing, daripada kerajaan ke kerajaan,” katanya. – 5 Jun, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen