Jepun pertimbang mudahkan format Sukan Olimpik Tokyo


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kerajaan Jepun memutuskan temasya Olimpik yang sepatutnya diadakan pada 24 Julai ditangguhkan selama setahun. – Gambar EPA, 4 Jun, 2020.

JEPUN sedang mempertimbangkan untuk mempermudah format Sukan Olimpik Tokyo tahun depan sebagai sebahagian usaha mencegah penularan wabak Covid-19, menurut sumber keraajan pada Khamis.

Ia termasuk mengurangkan jumlah penonton dan acara pembukaan serta penutup untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik, lapor KYODO News.

Penyediaan perkhidmatan perubatan, termasuk ujian saringan untuk atlet, staf dan penonton selain sekatan keluar dari perkampungan atlet juga akan dilaksanakan. 

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan dan jawatankuasa penganjur Tokyo untuk melihat apa yang boleh dipermudah dan direalisasikan,” kata Gaber

Jurucakap jawatankuasa penganjur Masanori Takaya berkata langkah pencegahan konkrit untuk mengekang ancaman kesihatan akan bermula pada musim luruh ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kerajaan Jepun memutuskan temasya Olimpik yang sepatutnya diadakan pada 24 Julai ditangguhkan selama setahun. 

Perdana Menteri Shinzo Abe berkata Olimpik dan Paralimpik tetap akan diadakan “dengan lengkap” dan enggan mengurangkan skala acara. 

Olimpik dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan, disusuli Paralimpik pada 24 Ogos hingga 5 September. – Bernama, 4 Jun, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen