28 negeri di Nigeria berisiko dilanda banjir besar 


Pada 2012, 32 daripada 36 negeri di Nigeria terjejas akibat banjir, menyaksikan lebih 360 orang maut dan hampir dua juta hilang tempat tinggal. – Gambar EPA, 29 Mei, 2020.

SEBANYAK 28 negeri di Nigeria berisiko dilanda banjir besar tahun ini, kata Agensi Perkhidmatan Hidrologi Nigeria (NIHSA) pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Tahun ini banjir diramal daripada tahap sederhana hingga paling buruk di kebanyakan negeri dan paras air sungai cenderung untuk melimpah, menurut NIHSA dalam satu kenyataan.

Daripada 774 daerah kira-kira 102 berisiko dilanda banjir - bencana alam yang sering berlaku di Nigeria, memberi kesan buruk kepada penduduk miskin di kawasan sepanjang tebing sungai.

Walaupun ramalan menunjukkan banjir tahun ini mungkin tidak seburuk tahun sebelumnya, namun kempen kesedaran dan langkah bersiap sedia tetap perlu diambil.

Pada Mac 2012, 32 daripada 36 negeri di Nigeria terjejas akibat banjir, menyaksikan lebih 360 orang maut dan hampir dua juta hilang tempat tinggal. – Bernama, 29 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen