Pesakit Covid-19 boleh keluar hospital selepas 14 hari dirawat, kata KP Kesihatan


Ragananthini Vethasalam

PESAKIT Covid-19 akan dibenarkan keluar hospital selepas dua minggu menjalani rawatan mengikut protokol baharu Kementerian Kesihatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2020.

PESAKIT Covid-19 akan dibenarkan keluar hospital selepas dua minggu menjalani rawatan mengikut protokol baharu Kementerian Kesihatan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini dapat dilakukan kerana kemungkinan menjangkiti orang lain “hampir sifar”, katanya

“Kita akan maklumkan kepada semua pakar di hospital mengenai protokol baharu yang akan dilaksanakan di mana kami akan merawat kes baharu hanya selama 14 hari.

“Walaupun mereka diuji positif selepas 14 hari, kemungkinan jangkitan hampir tidak ada,” katanya.

Protokol baharu itu adalah berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Noor Hisham berkata mungkin ujian Reaksi Berantai Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) memberikan hasil positif selepas dua minggu kerana ujian tersebut dapat mengesan sisa-sisa virus. – 26 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen