Peguam negara Venezuela mahu parti Guaido diisytihar organisasi pengganas


PEGUAM negara Venezuela semalam mahu Mahkamah Agung mengisytiharkan parti Voluntad Popular pimpinan Juan Guaido sebuah organisasi pengganas. – Gambar EPA, 26 Mei, 2020.

PEGUAM negara Venezuela semalam mahu Mahkamah Agung mengisytiharkan parti pimpinan Juan Guaido sebuah “organisasi pengganas”.

Peguam Negara Tarek William Saab menuduh parti Voluntad Popular dan Guaido yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan 50 negara lain sebagai presiden interim Venezuela mempromosikan keganasan semasa krisis Covid-19.

Saab menerusi siaran langsung di televisyen semalam berkata pejabatnya meminta mahkamah menentukan apakah Voluntad Popular adalah organisasi pengganas.

Beliau merujuk kepada “serangan dari laut” pada 3 Mei lalu, di mana Venezuela menahan 52 askar upahan termasuk dua tentera besara AS iaitu Luke Alexander Denman and Airan Berry.

Dua tentera bersara itu didakwa melakukan keganasan.

Presiden kerajaan berhaluan kiri Venezuela, Nicolas Maduro menuduh Guaido menjadi dalang serangan tersebut dengan sokongan AS.

Presiden AS Donalnd Trump menafikan negaranya terlibat.

Voluntad Popular dalam satu kenyataan juga menolak tuduhan tersebut.

Guaido sebaliknya menuduh kerajaan Maduro melindungi kumpulan gerila seperti Colombian ELN dan juga bekas ketua pemberontak FARC yang sudah dibubarkan, Jesus Santrich. – AFP, 26 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen