Bantuan dana untuk projek Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Platform GiveBack.my telah berjaya mengumpul RM140,000 dan kini mencari lebih ramai 'wira tak didendang' untuk dibantu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mei, 2020.

HANYA baru sebulan ditubuhkan, platform pengumpulan dana bagi projek komuniti telah berjaya mengumpul RM140,000 dan kini mencari lebih ramai “wira tak didendang” untuk dibantu.

GiveBack.my ditubuhkan pada April lalu untuk memenuhi keperluan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ia merupakan sebahagian daripada gerakan Make It Right Movement (MIRM), iaitu tanggungjawab sosial korporat dan khidmat masyarakat BAC Education Group, yang memiliki Brickfields Asia College.

Ketua Pegawai Eksekutif MIRM Brian Lariche berkata gerakan tersebut mensasarkan kumpulan masyarakat dan komuniti yang kurang dikenali dengan menyediakan platform untuk mengumpul dana  supaya kumpulan ini mampu berdiri dengan sendiri.

MIRM juga sedang mencari rakan kongsi untuk mengusahakan projek dan gerakan di bandar kecil serta kawasan di Sabah dan Sarawak yang tiada akses kepada media dan kekurangan dana.

“Mereka yang ada projek kecil-kecilan, wira tak didendang yang bekerja di kawasan yang sukar untuk memperoleh sokongan, dialu-alukan untuk hubungi kami melalui lama web kami,” Brian memberitahu The Malaysian Insight.

“Jika mereka hubungi kami, kami akan beri borang untuk diisi. Kami bersedia dan gembira untuk membantu mengumpul dan abagi projek mereka.”

Platform pengumpulan dana itu mengumpul RM5,000 bagi satu-satu gerakan, yang mana akan terus disalurkan kepada kumpulan yang mengusahakan projek atau  kepada penerima.

“Kalau anda derma RM10, maka RM10 itu terus disalur kepada penerima, bukan kepada kami,” jelasnya.

Menjelaskan mengapa menetapkan RM5,000 bagi satu-satu gerakan atau projek, Brian berkata ia untuk mengelakkan kemungkinan dana disalah guna. – 26 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen