KKM jangka lonjakan kes Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Lonjakan kes jangkitan Covid-19 dijangka dalam tempoh dua hari akan datang selepas keputusan ujian saringan yang dijalankan di tiga depoh tahanan imigresen diperolehi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

KEMENTERIAN Kesihatan menjangkakan lonjakan kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh dua hari akan datang selepas keputusan ujian saringan yang dijalankan di tiga depoh tahanan imigresen diperolehi.

“Ujian telah dijalankan dan kami sedang menunggu keputusan dalam tempoh 24 jam,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

“Kami menjangkakan hari ini, esok dan lusa kita akan lihat peningkatan kes.”

Bagaimanapun, penularan jangkitan adalah terkawal di mana individu yang diuji positif diberi rawatan manakala yang diuji negatif akan dikuarantinkan di tempat berasingan.

Setakat ini, sebanyak 227 kes positif telah dikesan di tiga depoh tahanan imigresen iaitu di Sepang, Bukit Jalil dan Semenyih. 

Setakat ini, 227 kes positif dikesan di tiga depot tahanan imigresen.

Sebanyak 1,536 sampel sudah diambil dari depot tahanan di Bukit Jalil, lokasi 126 kes positif dicatat.

Di depot tahanan Semenyih, 66 kes positif direkod daripada 1,757 sampel yang sudah diambil.

Daripada jumlah itu, 65 merupakan tahanan dan seorang lagi staf pentadbiran.

Di Sepang, 1,449 sampel sudah diambil dan 36 kes positif dicatatkan.

Sementara itu, satu kluster baharu dikesan di satu lagi tapak pembinaan di Kuala Lumpur apabila 44 kes positif dikesan.

Tempat tinggal yang sempit dan padat dipercayai antara faktor penularan wabak itu dalam kalangan pekerja asing tersebut. – 25 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen