Polis Jepun tahan lelaki ceroboh istana maharaja


Istana Imperial yang terletak di tengah Tokyo antara destinasi popular di Jepun. – Gambar AFP, 25 Mei, 2020.

SEORANG lelaki ditahan di Tokyo hari ini selepas berenang merentasi parit di Istana Imperial dan memanjat tembok sebelum memasuki kawasan terlarang, kata polis.

Menurut polis lelaki berusia 40-an itu ditahan pagi tadi selepas muncul dalam kawasan istana sebelum Maharaja Nahurito dijadualkan menghadiri majlis menanam padi di bahagian lain istana itu.

Tiada butiran lanjut tentang lekaki itu termasuk motifnya menceroboh kawasan istana itu.

Polis berkata insiden itu bagaimanapun tidak menjejaskan majlis yang dihadiri maharaja itu.

Lelaki tersebut bukan yang pertama ditahan kerana menceroboh istana maharaja.

Pada 2013, dua lelaki dikenalipasti sebagai pelancong Britain ditahan dalam keadaan berpakaian seluar dalam selepas mereka menyeberangi parit istana ke kawasan tembok luar.

Awal tahun ini, seorang lelaki Jepun ditahan selepas dikesan menceroboh kawasan istana, juga dalam keadaan berpakaian seluar dalam.

Dia mengaku berenang menyeberangi parit dan mahu bertemu maharaja.

Pada 2008, seorang lelaki Britain ditahan dalam keadaan bogel selepas dia berenang menyeberangi parit dan memanjat tembok istana.

Istana Imperial yang terletak di tengah Tokyo antara destinasi popular di Jepun.

Sebahagian istana itu dibuka kepada umum tetapi ada kawasan larangan ditetapkan. – AFP, 25 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen