Kes Covid-19 global cecah 5.25 juta, korban lebih 300,000


Sejak wabak itu mula meledak di China pada Disember lepas, 5,260,970 kes sudah dilaporkan di 196 negara dengan 339,758 kematian dikaitkan dengan virus maut itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mei, 2020.

JUMLAH kes Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 5.25 juta dengan lebih 339,000 kematian, menurut angka daripada sumber rasmi yang dikumpul AFP setakat jam 1900 GMT Sabtu.

Sejak wabak itu mula meledak di China pada Disember lepas, 5,260,970 kes sudah dilaporkan di 196 negara dengan 339,758 kematian dikaitkan dengan virus maut itu.

Angka terbaru itu bermakna kes di seluruh dunia naik dua kali ganda dalam masa sebulan, dengan 250,000 kes dilaporkan dalam tempoh kurang tiga hari ini.

Data itu dikumpul AFP menerusi maklumat dikeluarkan pihak berkuasa negara dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), mungkin hanya menggambarkan sebahagian kecil jumlah sebenar jangkitan.

Kebanyakan negara masih melakukan saringan hanya selepas pesakit mengalami gejala atau kes serius sahaja.

Sejam 1900 GMT Jumaat, 4,197 kematian dan 100,671 kes baharu dilaporkan di seluruh dunia.

Negara yang melaporkan korban tertinggi adalah Brazil dengan 1,001 kematian diikuti oleh Amerika Syarikat (989) dan Mexico (479).

AS yang melaporkan kes pertama Covid-19 pada awal Februari lalu kini adalah negara paling teruk terjejas dengan 1,661,691 kes dan 96,479 kematian.

Selepas AS, negara paling teruk terjejas adalah Britain dengan 36,675 kematian daripada 257,154 kes, Itali dengan 32,735 kematian daripada 229,329 kes, Sepanyol dengan 28,678 kematian daripada 235,290 kes dan Perancis dengan 28,332 kematian dengan 182,469 kes.

Antara negara yang mempunyai kadar kematian terburuk adalah Belgium yang merekodkan 80 kematian per 100,000 penduduk, Sepanyol (61), Britain dan Itali (54) dan Perancis (43).

China- kecuali Hong Kong dan Macau- setakat ini melaporkan 4,634 korban dengan 82,971 kes. Ia melaporkan 78,258 kes pulih.

Eropah melaporkan 173,279 korban daripada 2,004,226 kes, AS dan Kanada 102,912 korban daripada 1,695,281 kes, Amerika Latin dan Caribbean 37,762 kematian daripada 688,508 kes, Asia 13,745 korban daripada 428,300 kes, Timur Tengah 8,704 korban dengan 333,744 kes, Afrika 3,226 korban daripada 105,456 kes dan Oceania dengan 130 kematian daripada 8,463 kes. – AFP, 24 Mei, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen