Putrajaya buang masa, undang-undang 'force majeure' diperlukan sekarang, kata DAP


Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yee berkata Putrajaya hanya dapat membuat undang-undang pada bulan Oktober, iaitu hampir setahun selepas mereka yang berada dalam situasi tersebut dibiarkan tanpa perlindungan undang-undang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mei 2020.

KERAJAAN Perikatan Nasional gagal mengambil tindakan segera untuk melindungi rakyat dan perniagaan yang melanggar kontrak ekoran wabak Covid-19, kata seorang ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yee berkata Putrajaya hanya dapat membuat undang-undang tersebut pada bulan Oktober, iaitu hampir setahun selepas mereka yang berada dalam situasi tersebut dibiarkan tanpa perlindungan undang-undang.

Putrajaya sebaliknya berkeras untuk mengadakan sidang Parlimen hanya satu hari pada 18 Mei lalu  bagi memenuhi formaliti dan melepaskan peluangnya untuk menggubal undang-undang penting.

“Mereka sengaja mengelak dari Parlimen walaupun banyak undang-undang penting Covid-19 perlu diluluskan.

“Paling awal mereka dapat lakukannya adalah Julai. … Dan semua undang-undang juga masih perlu melalui Dewan Negara yang hanya bersidang pada bulan September.

“Ini bermaksud undang-undang itu paling cepat dapat diwartakan pada akhir September atau kemungkinan Oktober,” kata Yii dalam satu kenyataan.

Beliau memberi respons terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan yang semalam mengumumkan usaha kerajaan untuk mengemukakan undang-undang bagi mengurangkan kesan ekonomi ekoran Covid-19.

“(Ini bermaksud) bahawa sepanjang masa, atau hampir satu tahun, rakyat kita tidak mempunyai perlindungan undang-undang terhadap kesan ekonomi Covid-19.

“Kesan wabak ini tidak akan menunggu siapa pun terutama kerajaan yang lambat melakukan tindakan,” tambah Yii.

Beliau berkata bahawa Singapura pada bulan April telah segera meluluskan undang-undang langkah sementara bagi melindungi individu dan syarikat dari pelanggaran kontrak kesan wabak, penangguhan proses muflis, dan perlindungan penyewa daripada pengusiran.

Kerajaan Perikatan sebaliknya berkata, “sibuk mengagih GLC dan melantik utusan khas sebagai laba politik,” kata Yii.

“Kerajaan sekarang silap memilih prioriti mereka.

“Walaupun Kementerian Kesihatan telah melakukan pekerjaan dengan baik untuk mengendalikan penularan penyakit ini, tetapi nampaknya kementerian yang lain lambat untuk melindungi orang dari kesan ekonomi akibat virus tersebut. Atau mereka sibuk melakukan perkara lain.”

Sidang satu hari pada 18 Mei diadakan hanya untuk mendengar Titah Diraja untuk pembukaan Parlimen.

Tidak ada perbahasan atau usul oleh ahli Parlimen yang diizinkan, dan agenda kerajaan mengenai perbelanjaan pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan kesan Covid-19 juga turut dibatalkan.

Pihak pemaju, antara kumpulan perniagaan yang telah meminta tindakan “force majeure” sebagai perlindungan kerana tidak dapat memenuhi tarikh akhir kontrak. – 23 Mei 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen