Hampir separuh dari kes baharu di depoh tahanan Semenyih


Ragananthini Vethasalam

Dua hari lalu, Dr Noor Hisham mengumumkan bahawa kluster Covid-19 baharu telah dikesan di pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil, yang melibatkan 35 jangkitan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 23 Mei 2020.

MALAYSIA hari ini mencatat 48 kes baharu jangkitan Covid-19, 21 daripadanya dikesan di Pusat Tahanan Imigresen Semenyih, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada keseluruhan kes jangkitan baru, empat kes diimport dan 44 yang lain berpunca dari penularan tempatan.

Dari 44 kes penularan tempatan, 25 kes melibatkan warga asing.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 menjadi 7,185, kata Dr Noor Hisham pada sidang media Covid-19.

Dua hari lalu, Dr Noor Hisham mengumumkan bahawa kluster Covid-19 baharu telah dikesan di pusat tahanan Imigresen Bukit Jalil, yang melibatkan 35 jangkitan.

Sementara itu, 53 pesakit dicatat pulih dan dibenarkan pulang pada tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 5,192 orang.

Tidak ada kematian dilaporkan dan jumlah kematian di seluruh negara kekal pada angka 115.

Kes aktif wabak itu pula dicatat sebanyak 1,158.

Sembilan pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi, dan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.– 23 Mei 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen