RIBUAN penduduk Kolkata turun ke jalanan pada Sabtu untuk memprotes kerajaan kerana didakwa lambat bertindak balas terhadap bekalan elektrik yang putus dan banjir selepas dibadai taufan yang dahsyat.
Angka kematian di India dan Bangladesh akibat amukan taufan Amphan di sepanjang pantai Teluk Bengal meningkat kepada sekurang-kurangnya 112 pada Sabtu, ketika pihak berkuasa bergelut menangani kejadian selepas ribut dan pada masa sama berusaha menghentikan penyebaran koronavirus.
Komen