Arab Saudi sambut Aidilfitri pada Ahad


Arab Saudi mengenakan perintah berkurung sepenuhnya sepanjang cuti hari raya selepas melonggarkan beberapa langkah sekatan sepanjang Ramadan. – Gambar EPA 23 Mei, 2020.

CUTI sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Islam, yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan, akan bermula pada Ahad di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

“Sabtu akan menjadi hari terakhir bulan suci Ramadan dan Aidilfitri akan berlangsung pada Ahad,” kata mahkamah agung, yang dipetik oleh Saudi Press Agency.

Pihak berkuasa agama di Baitulmaqdis, Mesir, Jordan, Syria, Qatar, UAE, Kuwait, Libya dan Lebanon juga berkata Aidilfitri akan bermula pada Ahad.

Penetapan hari raya ditentukan oleh anak bulan, selaras dengan kalendar Islam.

Cuti sempena hari kebesaran itu biasanya disambut oleh keluarga dengan berkumpul bersama.

Tetapi kebanyakan negara yang mempunyai majoriti Islam di seluruh dunia meminta semua mengehadkan pergerakan dan pertemuan semasa perayaan tahun ini, susulan wabak koronavirus yang sedang melanda dunia.

Arab Saudi, tempat bagi kota suci bagi umat Islam di seluruh dunia, mengenakan perintah berkurung sepenuhnya sepanjang cuti perayaan itu selepas melonggarkan beberapa langkah sekatan sepanjang Ramadan.

Kerajaan ini adalah negara paling di Teluk yang paling terjejas, menurut data yang dilaporkan, dengan lebih 67,000 disahkan dijangkiti koronavirus dan 364 kematian akibat penyakit pernafasan Covid-19. – AFP, 23 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen