335,538 maut di seluruh dunia kerana Covid-19


KORONAVIRUS mengorbankan sekurang-kurangnya 335,538 nyawa di seluruh dunia selepas muncul kali pertama di China pada Disember tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 5,158,750 didaftarkan di 196 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu, 1,937,200 dianggap pulih.

Angka itu dikumpul daripada pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Sejak petang semalam,  5,784 kematian dan 109,329 kes baharu dilaporkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) negara paling banyak kematian iaitu 1,627 manakala Brazil 1,188 semlam.

AS juga negara paling teruk terjejas dengan 95,490 kematian daripada 1,590,225 kes. Sekurang-kurangnya 298,418 pulih.

Selepas AS, negara paling teruk terjejas ialah Britain dengan 36,393 kematian daripada 254,195 kes, Itali 32,616 kematian daripada 228,658 kes, Sepanyol 28,628 kematian daripada 234,824 kes dan Perancis 28,289 kematian daripada 182,219 kes.

China – tidak termasuk Hong Kong dan Macau setakat ini melaporkan 4,634 kematian dan 82,971 kes dengan 78,255 kes pulih.

Eropah secara keseluruhan melaporkan 172,353 kematian daripada 1,984,377 kes, AS dan Kanada 101,814 kematian daripada 1,672,638 kes, Amerika Latin dan Caribbean 36,007 kematian daripada 651,198 kes, Asia 13,498 kematian daripada 414,482 kes, Timur Tengah 8,606 kematian daripada 325,644 kes, Afrika 3,131 kematian daripada 101,775 kes, dan Oceania 129 kematian daripada 8,440 kes. – AFP, 23 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen