Kes Covid-19 Indonesia lebih 20,000


Kes Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 20,796 kes, dengan kematian berjumlah 1,326 orang. – Gambar AFP, 22 Mei, 2020.

Kes positif Covid-19 di Indonesia kini meningkat kepada 20,796 kes, dengan kematian berjumlah 1,326 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 634 tambahan kes positif baharu, dan 48 lagi kematian akibat virus itu.

“Ketika ini seramai 11,028 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 500 kes, diikuti Jawa Timur (256 kes), Jawa Barat (125) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama, 22 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen