Lantikan politik yang banyak bukan perkara biasa, kata Daim


Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin mempersoalkan pelantikan ahli politik Perikatan Nasional ke dalam syarikat berkaitan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mei, 2020.

DAIM Zainuddin mempersoalkan pelantikan ahli politik Perikatan Nasional ke dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bertanya sama ada mereka yang dilantik mampu menjalankan tugas mereka.

“Masalah utama di sini adalah adakah pelantikan memiliki latar belakang dan kelayakan untuk memimpin badan berkenaan dan kedua adakah mereka dapat membahagikan masa dan komited sepenuhnya pada tugas yang diberikan?

“Orang ramai juga bertanya mengapa kerajaan bersungguh-sungguh memperkaya ahli Parlimen? Mengapa kerajaan meletakkan begitu banyak kekayaan dan kuasa di tangan mereka?,” soalnya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Reserve hari ini.

Daim juga berkata itu bukan satu kebiasaan apabila begitu banyak pelantikan politik.

Bekas menteri kewangan berkata orang ramai melihat pelantikan ini dilakukan secara terang-terangan dengan niat semata-mata mahu membeli sokongan politik. – 22 Mei, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen