Kes Covid-19 Indonesia meningkat 18,496 


Seorang petugas Indonesia memeriksa suhu badan seorang wanita sebagai langkah pencegahan wabak Covid-19.– Gambar EPA, 19 Mei, 2020.

KES positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 18,496 kes dengan 30 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia mengenai Covid-19 Achmad Yurianto berkata jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,221 orang, sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat sebanyak 486 kes baharu manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 11,891 orang,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan di Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 470 kes diikuti Jawa Timur (222 kes), Jawa Barat (124), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama, 19 Mei, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen