Ahli perniagaan didakwa menyamar datuk, curi kenderaan waktu PKP 


SEORANG ahli perniagaan dihadapkan ke dua mahkamah berasingan atas pelbagai kesalahan antaranya menyamar sebagai  “Datuk”, memiliki pistol dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen M. Kalaiarasy,  tertuduh Khor Weng Hui, 27, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki sekeping kad nama tertera Jata Negeri Pahang yang merupakan pengenalan sebagai datuk yang tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak berkuasa dan menggunakan jata yang mempunyai lambang Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia, peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di kenderaan jenis Toyota Velfire nombor pendaftaran PEN 44 tanpa kebenaran dari pihak berkuasa.


Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma!

Langgan sekarang!


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen