Kenderaan WHO bawa sampel Covid-19 diserang di Myanmar


Polis Myanmar menutup laluan masuk ke Pantai Sittwe di Myanmar susulan penyebaran Covid-19. Sebuah kenderaan WHO yang membawa sampel Covid-19 diserang tentera Arakan ketika dalam perjalanan menghantar sampel ke makmal di Yangon, Myanmar. – Gambar EPA, 21 April, 2020.

SEBUAH kenderaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa sampel Covid-19 diserang Tentera Arakan di Rakhine, Myanmar, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa. 

Memetik laporan media tempatan kenderaan itu - dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon, diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya pada Isnin petang.

Pemandu kenderaan itu serta seorang petugas kesihatan turut cedera dalam kejadian berkenaan dan dikejarkan ke hospital. 

Bagaimanapun, pemandu disahkan meninggal dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Myanmar menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook pada Selasa. β€“ Bernama, 21 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen