PAS tidak lupa jasa Putrajaya bantu RUU355, kata Hadi


Diyana Ibrahim

Presiden PAS Abdul Awang Hadi berterima kasih kepada Putrajaya kerana membenarkan pembentangan RUU355 di Parlimen semasa ucapan penggulungannya pada Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Star yang berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 1 Mei, 2017.

PRESIDEN PAS Abdul Awang Hadi melahirkan penghargaan dengan mengucapkan berterima kasih kepada Putrajaya kerana memberinya peluang membentangkan rang undang-undang persendiriannya di Parlimen bulan lepas yang bertujuan memperkasakan undang-undang syariah.

Bagaimanapun, beliau semasa berucap sempat membidas beberapa wakil rakyat daripada parti yang tidak disebutkan kerana menentang pembentangan itu.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada kami membentangkan RUU355. Kita tidak akan lupakan kerjasama kita.

“Semoga Allah memudahkan laluan seterusnya,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-63 di Kota Sarang Semut, Alor Star yang berakhir hari ini.

Rang undang-undang kontroversi itu dibentangkan apabila kerajaan meletakkannya pada aturan teratas dalam agenda Dewan Rakyat. Ia menjadi rang undang-undang persendirian pertama dibentangkan di Parlimen oleh pembangkang. – 1 Mei, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen