Panama tahan 1,700 Pati di kem hutan bendung Covid-19


Pati yang ditahan ditempatkan di La Penita, berhampiran dengan sempadan Colombia, kemudahan yang dapat menampung sekurang-kurangnya 200 orang. – Gambar EPA, 19 April, 2020.

KIRA-kira 1,700 pendatang tanpa izin (Pati) yang sedang dalam perjalanan menuju ke Amerika ditahan di sebuah kem hutan oleh pihak berkuasa Panama susulan beberapa kes Covid-19 dikesan di kalangan mereka, kata sumber rasmi.

Mereka ditempatkan di La Penita, berhampiran dengan sempadan Colombia, kemudahan yang dapat menampung sekurang-kurangnya 200 orang.

“Tujuh belas Pati telah dijangkiti dengan koronavirus,” kata sumber rasmi itu yang tidak mahu namanya didedahkan.

Mereka yang disahkan dijangkiti virus itu telah dikeluarkan dari kem tersebut.

Anggota perubatan harus meninggalkan kawasan itu untuk dikuarantin setelah memiliki kontak dengan seorang pegawai polis tempatan yang meninggal duna akibat Covid-19, kata Walter Cotte, pengarah serantau Persekutuan Palang Merah Antarabangsa Amerika.

Di Panama, 4.273 jangkitan koronavirus telah direkodkan dan 120 kematian dicatat.

Walaupun berbahaya, sempadan antara Colombia dan Panama selama bertahun-tahun telah menjadi koridor pendatang haram, terutama dari Haiti, Cuba dan Venezuela. – AFP, 19 April, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen