Harga petrol tak berubah, diesel turun 3 sen


HARGA petrol kekal sepanjang minggu depan, manakala diesel turun 3 sen seliter, umum Kementerian Kewangan hari ini.

Harga RON97 kekal pada RM1.55 seliter sementara RON95 kekal pada harga RM1.25 seliter.

Diesel turun 3 sen kepada RM1.43 seliter berbanding RM1.46 sen minggu lalu.

Harga baharu ini berkuatkuasa sesok hingga 24 April. – 17 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen