Putrajaya, Rembau, Jasin disenarai zon merah Covid-19


Ragananthini Vethasalam

PUTRAJAYA, Rembau dan Jasin diisytiharkan sebagai zon merah, menjadikan jumlah daerah kesihatan yang diklasifikasikan sebagai titik panas jangkitan Covid-19 kini menjadi 21, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Data kementerian menunjukkan Putrajaya dan Rembau di Negeri Sembilan merekod 41 kes, manakala Jasin di Melaka mencatat 42 kes.

KKM mengklasifikasikan kawasan yang merekod 40 kes sebagai zon merah, zon oren jika terdapat antara 20 hingga 40 kes dan sementara zon kuning bagi kurang daripada 20 kes.

Daripada 3,793 kes Covid-19 yang disahkan di Malaysia setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 6, 2,666 dilaporkan di zon merah.

Zon merah lain yang tersenarai ialah Lembah Pantai (386), Hulu Langat (324), Petaling (296), Kuching (174), Kluang (170), Seremban (162), Johor Bahru (145), Kepong (116), Klang (112), Gombak (110), Titiwangsa (93), Kinta (87), Kota Bahru (82), Tawau (67), Hilir Perak (65), Jerantut (61), Batu Pahat (47) dan Cheras (45). 

Terdapat 29 zon hijau di negara ini yang tiada kes Covid-19 dilaporkan.

Bagi zon oren pula ialah Sepang (39), Lahad Datu (38), Seberang Perai Tengah (37), Kuantan (36), Kota Samarahan (36), Kota Kinabalu (34), Kuala Muda (33), Kuala Selangor (30), Muar (30), Melaka Tengah (32), Timur Laut (27), Dungun (27), Besut (29), Hulu Selangor (27), Kulai (24), Kota Setar (24), Alor Gajah (25), Pekan (23) dan Kuala Langat (22). – 7 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen