Kementerian Kesihatan ingin lindungi zon hijau 


Ragananthini Vethasalam

Jumlah jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,333 kes dengan 53 kematian dilaporkan hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 3 April, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan ingin memperkasakan masyarakat tempatan bagi melindungi “zon hijau” daripada pandemik Covid-19, kata Ketua Pengarah Dr Noor Hisham Abdullah.

Zon hijau adalah kawasan bebas jangkitan Covid-19. Pada masa ini terdapat 32 kawasan seperti itu di seluruh negara.

Noor Hisham berkata terdapat beberapa zon hijau seperti rumah panjang di Malaysia Timur dan perkampungan Orang Asli yang bebas daripada jangkitan virus dan ia perlu dilindungi.

Beliau berkata terdapat komuniti yang melarang orang luar masuk ke penempatan mereka dan ini menyumbang dalam melindungi kawasan dan masyarakat di sana.

“Di kondominium, pihak pengurusan boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Sebagai contoh, mereka boleh disaring. Terdapat pengawal (yang boleh melaksanakannya).

“Jadi kita melindungi tempat itu daripada kes luar,” katanya di luar sidang akhbar hari ini.

Beliau juga menambah pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di kawasan tertentu yang mempunyai 10 kes atau lebih dikesan dalam sehari.

Terdahulu, Noor Hisham mengumumkan jumlah jangkitan meningkat kepada 3,333 dengan 53 kematian dilaporkan. – 3 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen