Kapal tentera jadi hospital tiba di New York


Petugas hospital memindahkan mayat pesakit Covid-19 ke tempat penyimpanan mayat bergerak susulan bilik mayat di hospital sudah penuh. New York paling terjejas di AS yang setakat ini merekodkan lebih 3,000 kematian. – Gambar EPA, 31 Mac, 2020.

SEBUAH kapal tentera yang juga dijadikan hospital di New York semalam susulan koronavirus di Amerika Syarikat (AS) semakin buruk, dengan sekatan pergerakan dilanjutkan ketika jumlah kematian melebihi 3,000 orang.

Kapal tentera laut USNS Comfort yang dilengkapi 1,000 katil itu berlabuh di pelabuhan Manhattan. Presiden Donald Trump melanjutkan perintah berkurung di rumah dan memberi amaran tempoh lebih lama diperlukan sebelum kehidupan kembali normal.

Kapal sepanjang 894 kaki itu juga menyediakan berpuluh-puluh bilik bedah – dan ketika ia berlepas dari Norfolk, Virginia pada Sabtu, orang ramai meraikan pelepasannya.

Ia tiba di New York, ketika Virginia, Maryland dan ibu kota Washington menjadi kawasan terbaru mengenakan sekatan pergerakan, ini bermakna hampir tiga per empat rakyat AS kini hidup mengikut pelbagai fasa perintah berkurung.

Semalam, Trump membatalkan rancangannya untuk membuka semula kebanyakan kawasan di AS menjelang sambutan Easter – 12 April – dan melanjutkan garis panduan penjarakan sosial hingga hujung April selepas saintis memberikannya data tentang jumlah peningkatan kematian akibat koronavirus.

Beliau berkata kadar kematian di AS mungkin meningkat dalam tempoh dua minggu ini, dalam satu ramalan dibuat saintis kanan Anthony Fauci di mana Covid-19 boleh menyebabkan sehingga 200,000 nyawa terkorban.

New York yang paling teruk terjejas, dan menyebabkan hospital tidak dapat menampung pesakit. – AFP, 31 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen