Bekas presiden Congo maut kerana Covid-19


Tugu bekas presiden Congo Jacques Joaquim Yhombi Opango kelihatan di Brazzaville. Beliau meninggal dunia semalam di Paris kerana Covid-19. – Gambar fail AFP, 31 Mac, 2020.

BEKAS presiden Congo Jacques Joaquim Yhombi Opango meninggal dunia di Perancis semalam kerana koronavirus, kata keluarganya.

Yhombi Opango, yang mengetuai Congo-Brazzaville dari 1977 hingga digulingkan pada 1979, meninggal dunia di sebuah hospital di Paris kerana Covid-19, kata anak lelakinya Jean-Jacques.

Yhombi Opango memang sakit sebelum dijangkiti virus itu, kata Jean-Jacques.

Dilahirkan pada 1939 di wilayah utara Cuvette, Yhombi Opango ialah serang pegawai tentera yang mendaki puncak kuasa selepas pembunuhan presiden Marien Ngouabi.

Negara bekas jajajah Perancis itu ada kaitan dengan Soviet Union ketika pemerintah Ngouabi dari 1968-77.

Yhombi Opango digulingkan oleh Denis Sassou Nguesso. – AFP, 31 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen