Kes Covid-19 di Afrika Selatan naik kepada 709


Kes jangkitan Covid-19 di Afrika Selatan hari ini naik kepada 709 berbanding 554 yang dilaporkan semalam. – Gambar AFP, 25 Mac, 2020.

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di Afrika Selatan hari ini naik kepada 709 berbanding 554 yang dilaporkan semalam, peningkatan sebanyak 28%.

Afrika Selatan mencatat jumlah kes tertinggi di benua Afrika, dan mengeluarkan perintah berkurung selama 21 hari berkuatkuasa esok.

“Jumlah kes ketika ini meningkat berbanding semalam, iaitu sebayak 709 kes,” kata Menteri Kesihatan Zweli Mkhize dalam temubual bersama stesen televisyen tempatan SABC.

Mkhize dipetik berkata beliau menjangkakan angka itu akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang.

Rabu lalu, Afrika Selatan mula menutup pintu sempadannya kepada warga asing dari negara yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Semua penerbangan antarabangsa dan domestik juga digantung untuk membendung penularan wabak.

Setakat ini belum ada kes kematian akibat wabak itu dilaporkan di Afrika Selatan. Hanya dua pesakit Covid-19 diletakkan di unit rawatan rapi. – AFP, 25 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen