Kematian Covid-19 kini 14, jangkitan baharu 212


Ragananthini Vethasalam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kematian dilaporkan hari ini akibat Covid-19, menjadikan 14 maut setakat ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Mac, 2020.

JUMLAH mangsa yang maut akibat Covid-19 di Malaysia mencatat 14 orang, dengan tiga lagi  kematian dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdulah berkata kes ke-12 membabitkan seorang lelaki berusia 70 tahun dari kluster tabligh. Beliau dirawat di Hospital Kluang.

Seorang lagi mangsa ialah lelaki berusia 49 tahun di mana anak lelakinya ialah pesakit ke-1,031. Beliau ialah pesakit ke-13 yang meninggal dunia. Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Besar Sarawak.

Seorang wanita berusia 51 tahun yang menerima rawatan di Hospital Miri dan dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dari kluster tabligh, menjadi mangsa ke-14 maut akibat virus itu.

Sejumlah 212 jangkitan baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 1, 518 kes.

Daripada jumlah tersebut, 123 adalah berkaitan dengan kluster tabligh.

Sementara itu, 20 pesakit yang pulih sepenuhnya dibenarkan pulang menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih 159. – 23 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen