Tony Fernandes, Kamarudin bersih dari skandal Airbus


Pengasas bersama AirAsia Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun kini dibersihkan dari segala salah laku berkaitan skandal rasuah Airbus. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2020.   

PENGASAS bersama AirAsia Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun dibersihkan dari segala salah laku berkaitan skandal rasuah Airbus.

BDO Governance Advisory Sdn Bhd yang membantu syarikat penerbangan berkenaan dalam menjalankan kajian bebas terhadap kedua-dua pengasas bersama itu berkata syarikat mempunyai proses perolehan pesawat yang mantap dan pengambilalihan pesawat adalah “wajar dan pada harga menguntungkan syarikat”.

Ia juga menambah penajaan kumpulan sukan oleh Airbus didedahkan dan disokong oleh lembaga pengarah Air Asia pada masa sesuai.

Dengan ini Fernandes dan Kamarudin dikembalikan semula ke jawatan masing-masing sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengerusi eksekutif AirAsia. – 20 Mac, 2020.   

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen