Pengilang tuntut pengecualian dari perintah kawalan pergerakan


Ragananthini Vethasalam

Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Soh Thian Lai mahu sektor pembuatan dikecualikan dari perintah kawalan pergerakan untuk memastikan kesinambungan dan sokongan perniagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2020.

PERSEKUTUAN Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) meminta Putrajaya mengecualikan sektor pembuatan dari perintah kawalan pergerakan untuk memastikan kesinambungan dan sokongan perniagaan untuk ekonomi.

Presidennya Soh Thian Lai berkata FMM menyerahkan senarai barang keperluan dan barangan yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan yang dikecualikan dari perintah kawalan pergerakan.

Badan perdagangan memandang serius dengan perintah kawalan pergerakan yang dikenakan ke atas semua syarikat swasta tidak termasuk perkhidmatan penting yang terlalu drastik.

“Ini kerana kilang yang menghasilkan barangan penting termasuk yang menyokong rantaian bekalan barang dan perkhidmatan serta syarikat yang mempunyai komitmen pesanan eksport perlu terus beroperasi kerana jumlah penutupan operasi akan memberi kesan terhadap perniagaan dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Soh menambah bahawa FMM memberitahu ahli-ahli untuk terus meningkatkan pengeluaran barangan kritikal seperti barangan makanan, topeng muka, sanitari, pembasmi kuman, farmasi, peranti perubatan dan peralatan perlindungan diri untuk menyokong kerajaan dalam memerangai Covid-19. – 17 Mac, 2020.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen