Keputusan saman Dr Mahathir cemar imej kehakiman negara, kata Sri Ram


BEKAS hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi, yang membatalkan saman difailkan Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Najib Razak, sebagai “keputusan yang meletakkan badan kehakiman negara pada pandangan yang buruk.”

Sri Ram memberitahu Malaysiakini tindakan yang dibawa Dr Mahathir dan bekas pemimpin Umno, Khairuddin Abu Hassan serta Anina Saadudin, berdasarkan tort misfeasans yang biasa bagi pejabat awam.

“Ia tidak dibawa di bawah Akta Parlimen. Ia juga bukan tindakan yang diambil kerana pelanggaran eksekutif yang dijamin haknya oleh Perlembagaan.

“Oleh itu, sama ada Perlembagaan Persekutuan atau Akta Interpretasi tidak mempunyai sebarang kaitan untuk menunjukkan siapa pegawai awam bagi maksud tort misfeasans di pejabat awam.

“Oleh itu, satu kesilapan asas dalam penghakiman. Dan hakim salah sama sekali,” katanya kepada Malaysiakini, selepas melihat salinan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Jais.

Abu Bakar menolak misfeasans saman pejabat awam terhadap Najib, memutuskan perdana menteri bukan pegawai awam walaupun beliau berada di pejabat awam.

Peguam Najib, Mohamed Hafarizam Harun, memberitahu pemberita semalam hakim menyedari keputusannya mungkin tidak dapat diterima sesetengah orang, tetapi ia adalah tafsiran undang-undang.

“Hakim berkata mahkamah tidak boleh mempersoalkan ini kerana ia terpulang kepada Parlimen untuk membuat keputusan,” Hafarizam dipetik sebagai berkata.

Sri Ram berkata hakim, yang mahir tentang undang-undang akan dapat melihat fakta tidak menggunakan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Interpretasi untuk menentukan siapa yang dikatakan sebagai pegawai awam.

Beliau menambah peguam Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla betul dalam hujah dan saman itu sepatutnya dibawa kepada perbicaraan.

“Sebagai kesimpulan, mahkamah silap. Keputusan seperti ini yang meletakkan badan kehakiman kita buruk di mata undang-undang antarabangsa.

“Dan tiada keperluan bagi mahkamah yang yakin dengan keputusan merangka penghakimannya dalam nada apologetik. Jika undang-undang adalah jelas, mengapa perlu meminta maaf?” kata Sri Ram dipetik berkata dalam Malaysiakini.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan tahun lepas, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menyatakan mereka berhak mengambil tindakan terhadap Najib, kerana mengesa kronologi siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MBD) sejak Mac 2015.

Ini termasuk dari masa pembentukan pasukan petugas khas untuk menyiasat 1MDB hingga pemecatan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mereka juga mahu Najib menggembalikan kepada wang kerajaan yang ditemui dalam akaun bank peribadinya. – 29 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen