PM pengerusikan mesyuarat MKN bincang langkah tangani Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata satu mesyuarat melibatkan agensi berkaitan akan dibuat untuk membincangkan langkah menangani krisis Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2020.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membincangkan langkah untuk mengurangkan pandemik Covid-19 ketika bilangan kes melonjak kepada lebih 500 hari ini.

Dalam sidang akhbar di Putrajaya, Muhyiddin berkata mesyuarat itu akan melibatkan agensi berkaitan dan membincangkan langkah yang akan diambil untuk menguruskan krisis ini.

Meminta wartawan menunggu, beliau berkata “berita besar” akan diumumkan malam ini, selepas mesyuarat itu.

Mengulas mengenai pembelian panik oleh sebahagian rakyat berikutan kebimbangan pengurungan (lockdown), Muhyiddin memberi jaminan bekalan makanan mencukupi di negara ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 125 kes baru telah disahkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes. – 16 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen