Presiden Haiti namakan perdana menteri baharu


Presiden Haiti Jovenel Moise mengumumkan perdana menteri baharu bagi menangani krisis politik dan keselamatan yang semakin memuncak di negara itu. – Gambar AFP, 3 Mac, 2020.

PRESIDEN Haiti Jovenel Moise pada Isnin melantik perdana menteri baharu bagi menangani krisis politik dan keselamatan yang semakin memuncak di negara itu.

Pelantikan Joseph Jouthe diwartakan semalam, selepas Moise mengumumkannya di Twitter.

“Saya telah memutuskan untuk melantik Joseph Jouthe sebagai perdana menteri baharu.

“Beliau ditugaskan untuk membetuk kerajaan yang telus, yang mampu menangani cabaran ketika ini, secepat yang mungkin,” tulisnya di Twitter.

Jouthe menggantikan pemangku Jean-Michel Lapin yang bertindak selaku pemangku perdana menteri.

Beliau sebelum ini menteri alam sekitar sejak Septeber 2018, dan juga dilantik sebagai menteri kewangan interim pada September 2019.

Krisis politik di Haiti tercetus sejak pelatakan jawatan Jean-Henry Ceant sebagai perdana menteri pada Mac tahun lalu. Jouthe adalah individu ketiga yang dilantik oleh Moise sejak jawatan itu kosong. – AFP, 3 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen