Guan Eng dapat penghakiman ingkar terhadap Raja Petra


Lim Guan Eng berjaya mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman fitnahnya terhadap Raja Petra Kamaruddin selepas penulis blog itu gagal menjawab notis saman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2020.

BEKAS menteri kewangan Lim Guan Eng berjaya mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman fitnahnya terhadap Raja Petra Kamaruddin selepas penulis blog itu gagal menjawab notis saman.

Hakim Mahkamah Tinggi Rohani Ismail mengeluarkan arahan tersebut susulan Raja Petra yang berpengkalan di United Kingdom tidak mencabar saman yang dikemukakan walaupun notis telah diterbitkan dalam tiga akhbar pada 10 Februari lalu supaya beliau berbuat demikian.

Peguam Kok Yuen Lin yang mewakili Lim berkata mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi mentaksir jumlah ganti rugi untuk diberi kepada Lim.

Setiausaha agung DAP itu memfailkan saman fitnah berhubung 10 artikel mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada September lalu, Lim berkta artikel yang diterbitkan di blog Malaysia Today antara 24 Februari dan 15 Mac 2019 adalah fitnah.

Menurut Lim, artikel berkenaan mendakwa beliau terlibat dalam rasuah semasa menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

Artikel sebahagian daripada siri “From the MACC files (Daripada fail SPRM)” juga menyebut nama perdana menteri interim Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, beks menteri pelancongan Nazri Aziz dan Pengarah Urusan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. – 28 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen