Pencuri di California tak sedar bawa lari SUV bersama mayat


SEORANG pencuri di California, Amerika Syarikat (AS) melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di sebuah gereja tanpa menyedari ada mayat di dalamnya.

SUV itu diletakkan di luar gereja Greek Orthodox di Pasadena di timur Los Angeles, sementara pemandunya menghantar mayat di gereja itu, kata polis.

Timbalan Sherif Los Angeles County Grace Medrano berkata ada satu lagi mayat di dalam SUV Lincoln Navigator berwarna hitam itu ketika ia dilarikan.

Medrano merayu pencuri berkenaan memulangkan semula mayat tersebut.

“Dalam banyak keputusan buruk yang kamu buat, sekurang-kurangnya biarlah satu yang baik, bawa balik mayat dan keranda dalam (SUV) Navigator itu,” tulisnya di Twitter.

Suspek kemudiannya ditahan pagi semalam selepas orang awam melaporkan ternampak SUV terbabit.

Dia ditahan selepas melanggar sebuah kenderaan ketika dikejar polis di lebuh raya. Mayat tersbut masih berada dalam SUV, kata polis. – AFP, 28 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen