AS tuntut China bebas penerbit buku Sweden


Gui Minhai (imej dalam plakad kanan) dikenali kerana menerbitkan buku lucah mengenai ahli politik China. – Gambar AFP, 28 Februari, 2020.

AMERIKA Syarikat (AS) semalam mendesak China membebaskan segera penerbit buku berpengkalan di Hong Kong, Gui Minhai, yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Gui, warganegara Sweden, dikenali kerana menerbitkan buku lucah mengenai ahli politik China. Dia ditahan semasa berada dalam kereta api ke Beijing pada Februari tahun lalu. 

Mahkamah China minggu ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Gui atas tuduhan membekalkan maklumat risikan secara haram di luar negara.

“Kami menggesa kerajaan (China) membebaskannya dengan segera dan tanpa syarat,” kata jurucakap Jabatan Negara Morgan Ortagus dalam satu kenyataan.

“Kami dan sekutu kami akan terus bertegas dengan pendirian kami, yang menuntut hak asasi manusia dihormati dan kebebasan di China.”

Gui sebelum ini menghilangkan diri pada 2015 semasa sedang bercuti di Thailand dan kemudian muncul semula di satu lokasi rahsia di China.

Dia dipenjarakan selama dua tahun dan dibebaskan pada Oktober 2017. – AFP, 28 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen