Kes pertama Covid-19 di Belanda


Pesakit kini ditempatkan di wad isolasi di sebuah hospital di selatan Tilburg. – Gambar EPA, 28 Februari, 2020.

BELANDA melaporkan kes jangkitan Covid-29 pertama semalam, membabitkan seorang pesakit lelaki yang pulang dari melawat Itali, umum agensi kesihatan negara itu.

Mengikut sejarah perjalanannya, pesakit itu melawat Lombardia di Itali. Beberapa bandar di Itali diletakkan dalam kuarantin kes wabak Covid-19 yang meningkat.

Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negara (RIVM) berkata lelaki tersebut kini ditempatkan di wad isolasi di sebuah hospital di selatan Tilburg.

Susulan itu, RIVM menasihatkan rakyat Belanda supaya berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan.

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte berkata beliau berhubung dengan Menteri Kesihatan Bruno Bruins berkenaan perkembangan ini.

“Saya sentiasa berhubung terus dengan Bruno Bruins, mengenai langkah yang perlu diambil supaya negara bersedia menghadapi situasi ini,” kata Rutte menerusi Twitter. – AFP, 28 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen