Pakatan adakan mesyuarat tergempar malam ini 


Presiden PKR Anwar Ibrahim dilihat tiba pada 8.55 malam di hotel berkenaan untuk menyertai mesyuarat itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2020.

PAKATAN Harapan (PH) malam ini mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Presiden PKR Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga pengerusi Majlis Penasihat PKR dan presiden PH dilihat tiba pada 8.55 malam untuk menyertai mesyuarat itu.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Turut kelihatan Pengerusi PH Kelantan Husam Musa dan Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa. – Bernama, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen