Khidmat kereta api pengangkut utara China ke Asia Tengah disambung semula 


Kereta api pengangkut dengan 45 gerabak itu membawa pinggan mangkuk seramik, generator dan komoditi lain.– Gambar EPA, 27 Februari, 2020.

SEBUAH kereta api pengangkut berlepas dari wilayah Shanxi utara China menuju ke Uzbekistan pada Khamis, yang pertama membabitkan laluan antara Shanxi dan Asia Tengah sejak wabak Covid-19 mula menular, lapor agensi berita Xinhua.

Kereta api pengangkut dengan 45 gerabak itu membawa pinggan mangkuk seramik, generator dan komoditi lain, untuk dihantar ke Alma Ata, Tashkent dan bandar lain di Asia Tengah melalui Pelabuhan Horgos di Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur di barat laut China.

Ia dijangka tiba di Tashkent dalam tempoh 10 hari. – Bernama, 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen