Guan Eng dedah pendirian Dr Mahathir selepas Pakatan jatuh


Lim Guan Eng mendedahkan Dr Mahathir Mohamad menolak untuk kekal sebagai perdana menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji manifesto pilihan raya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Februari, 2020.

DR Mahathir Mohamad tidak mahu memenuhi janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) selepas letak jawatan perdana menteri, dakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata Dr Mahathir memberitahu kepadanya pendirian itu dalam pertemuan mereka di Putrajaya, kelmarin.

“Dalam perbincangan saya dengan Tun Dr Mahathir pada 25 Februari 2020 di Pejabat Perdana Menteri, beliau telah menolak untuk kekal sebagai perdana menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto Pilihan Raya Umum PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata PH terikat kepada manifesto pilihan raya.

“Empat parti mungkin memiliki ideologi dan aspirasi yang berbeza, tetapi kita membuat dasar bersama dan terikat oleh manifesto pilihan raya umum yang dipersetujui oleh semua,” katanya.

Lim berkata PH memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei berdasarkan manifesto dan terikat dengannya.

“Dalam tempoh 21 bulan yang lalu, kerajaan PH berusaha keras untuk memenuhi janji manifesto secara progresif,” katanya.

Di antaranya termasuk pengurangan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan sebanyak 18% untuk kenderaan persendirian tanpa kenaikan tol bagi baki tempoh konsesi, projek MySalam menawarkan bantuan kewangan antara RM4,000 hingga RM8,000 bagi mereka yang menderita 45 penyakit kritikal.

Beliau berkata PH menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kontroversi dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan pembayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion.

“Ia juga mengekalkan penarafan kredit antarabangsa walaupun perlu membayar puluhan bilion untuk 1MDB, Tabung Haji dan skandal lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan itu.

Lim berkata PH juga menghidupkan semula projek infrastruktur utama berikutan penjimatan lebih RM50 bilion daripada rundingan semula dan rasionalisasi projek kerajaan sebelumnya.

Beliau berkata ia mempercepatkan pendigitalan melalui mempromosikan e-dompet, mencipta 350,000 pekerjaan untuk penganggur yang tidak mendapat kerja melalui program Malaysia@Work bernilai RM6.5 bilion dan melancarkan banyak inisiatif lain. – 27 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • LGE semua ini akan tinggal jadi kenangngan. Apa yang baik rayat ucap terima kasih. Rayat sudah basih dengan cara konon Dr. M nak bantu Orang Melayu, untuk nak tarik hati orang Melayu, ia tinggal cakap cakap saja. He does not care about B40 he jagar only top 1%. Polisi Dr. M, B40 bayar sebab kumpulan ini besar tapi 1 % harnya berapa kerat saja.

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Muhammmad Zabri Zabri · Ulasan